Yee sang

Yee sang
鱼生
Bahan-bahan dan cicahan utama dalam yi sang
Nama alternatifLou Sang, Yu Sheng, Jyu4 Saang1, Lo Hei, Prosperity Toss
JenisSalad, hidangan ikan mentah, salmon dish 
Tempat asalChina 
Kawasan/rantauAsia tenggara
Masakan berkaitanSingapura, Indonesia, Malaysia
Bahan utamaIkan mentah (atau ikan buatan untuk vegetarian), sayur yang dihiris dan pelbagai jenis sos dan perencah
Maklumat laindimakan sempena Tahun Baru Cina (hanya di Malaysia dan Singapura)
sunting · sunting di Wikidata
Yee sang
Yee sang dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional魚生
Tulisan Cina Ringkas鱼生
Hanyu Pinyinyúshēng
Maksud harfiah"ikan mentah"

Yee sang (Jawi: يي سڠ, Cina ringkas: 鱼生Cina tradisional: 魚生Pinyin Mandarin: yúshēngJyutping: jyu4saang1, diinggeriskan kepada yee sang atau yuu sahng)​ ialah sejenis salad ikan mentah gaya Teochew. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harfiah, "Yee sang" (kekadang turut dieja "yu sheng") dapat diterjemahkan menjadi "ikan mentah" dan boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.