Orang Jepun

Orang Jepun
日本人
Jumlah penduduk
Kira-kira 130 juta
Kawasan ramai penduduk
 Jepun      127 juta
Populasi Nikkei yang penting di:
 Brazil1,400,000
 Amerika Syarikat1,200,000
 Filipina259,000
 China102,066
 Peru90,000
 Kanada81,300
 Thailand78,431
 Argentina34,000
 Singapura32,743
 Hong Kong27,429
 Malaysia24,545
 Taiwan20,345
 Australia20,000
 Mikronesia20,000
 Indonesia19,612
 Mexico15,650
 United Kingdom14,510
 Vietnam9,700
 Mauritius2,046
Bahasa
Jepun
Agama
Shinto, Buddha, kelompok-kelompok sekular yang besar

Orang Jepun (日本人, Nihonjin, Nipponjin) merupakan suku etnik yang dikenal pasti sebagai mengamalkan budaya atau berketurunan Jepun. Istilah ini juga merujuk kepada orang yang memegang kewarganegaraan Jepun. Di seluruh dunia terdapat kira-kira 130 juta orang berketurunan Jepun; antaranya, lebih kurang 127 juta orang merupakan penduduk negara Jepun. Orang berketurunan Jepun yang tinggal di negara lain digelar Nikkeijin (日系人). Istilah "orang Jepun" juga digunakan dalam sesetengah konteks untuk merujuk kepada satu lokus suku kaum yang termasuk orang Yamato, Ainu, dan Ryukyu.