Astro NJOI

Astro NJOI
JenisPenyiaran televisyen digital terestrial dan satelit negara
Negara
KetersediaanSeluruh negara
MotoNjoi Dalam HD, Gerenti Puas Hati
(Sejak Tahun 2021)
Ibu pejabatAstro Production Services Sdn. Bhd., All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur, Malaysia
Pemilik
IndukMeasat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd.
Orang penting
Chu Young Lee
Pengarah sooka dan NJOI
Tarikh pelancaran
20 Disember 2011 (2011-12-20)
Laman sesawang
Laman web rasmi

Astro NJOI (digayakan pada logo sebagai NJOI) adalah sebuah perkhidmatan televisyen dan radio satelit dan digital secara percuma dan prabayar pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Malaysia untuk golongan B40. Ia dilancarkan pada 20 Disember 2011 oleh YAB Perdana Menteri. Astro NJOI mempunyai pesaingnya utamanya iaitu perkhidmatan DTT Malaysia, MYTV (juga dikenali sebagai; Boxy) yang telah dilancarkan sejak tahun 2019 semasa televisyen Malaysia beralih dari siaran analog ke siaran digital.

Sehingga 9 September 2025, pengguna Njoi akan menikmati sejumlah 20 saluran televisyen digital percuma termasuk 15 saluran HD, selain mempunyai lebih 60 saluran televisyen prabayar dan 30 saluran radio percuma.