TV Okey
Logo semasa, yang merupakan semakan logo 21 Mac 2018, digunakan sejak 1 April 2019. | |
Ibu pejabat TV Okey di Angkasapuri, Kuala Lumpur | |
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Kawasan penyiaran |
|
| Sekutu | Sukan RTM |
| Slogan |
|
| Ibu pejabat |
|
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa | |
| Format gambar | 1080i (16:9/HDTV) |
| Pemilikan | |
| Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
| Pertubuhan induk | Kementerian Komunikasi Malaysia |
| Saluran saudara | |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | |
| Ditutup | |
| Nama lama |
|
| Ketersediaan | |
| Terestrial | |
| MYTV | Saluran 110 (HD) |
| Satelit | |
| Astro | Saluran 146 (HD) |
| NJOI | Saluran 146 (HD) |
| Media penstriman | |
| Astro | Astro GO / Sooka |
| MYTV | MYTV Mana Mana |
| RTMKlik | Tonton secara langsung |
| TV Malaysia Live Online | Tonton secara langsung |
TV Okey (dahulu dikenali sebagai RTMi, Muzik Aktif dan TVi) ialah saluran televisyen terestrial percuma di Malaysia yang dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Saluran ini secara rasminya mula bersiaran pada 21 Mac 2018 jam 8:00 malam. TV Okey utamanya ialah di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal selia oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. TV Okey kini bersiaran di MYTV dan Astro/NJOI di saluran 110 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Nama saluran tersebut merupakan akronim untuk "opportunity" (peluang), "knowledge" (ilmu), "experience" (pengalaman) dan "yours" (anda) Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTMKlik, Astro GO, Sooka, dan MYTV Mana Mana. Liputan TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6 meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut.