TV6

TV6
Ibu pejabat TV6 di Angkasapuri, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Kawasan penyiaran
Ibu pejabatWisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (rasmi/utama/nasional)
Inggeris (rasmi/utama/nasional)
Cina (rasmi/utama/nasional)
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Pertubuhan indukKementerian Komunikasi Malaysia
Saluran saudara
Sejarah
Dilancarkan1 Mac 2021 (2021-03-01)
(MYTV) (HD) (saluran percubaan)
6 Jun 2026 (2026-06-06)
(MYTV) (HD) (secara rasmi)
Ditutup5 Jun 2026 (2026-06-05)
(MYTV) (HD) (Saluran Percubaan)
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 113 (HD)
Media penstriman
MYTVMYTV Mana Mana
RTMKlikTonton secara langsung

TV6 ialah sebuah saluran televisyen terrestrial percuma di kerajaan yang keenam milik Radio Televisyen Malaysia. TV6 imbasan kembali yang menyiarkan drama, hiburan, muzik Melayu, filem dan dokumentari yang pernah disiarkan oleh arkib Radio Televisyen Malaysia pada era 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, 2000-an dan 2010-an. Saluran ini memulakan siaran percubaannya pada 1 Mac 2021 dan meningkatkan waktu penyiaran kepada 20 jam dari 6:00 pagi hingga 2:00 pagi pada 1 September 2021. TV6 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM, RTM Asean dan stesen radio dikawal selia oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

TV6 kini bersiaran di MYTV saluran 113 dalam format HD (definisi tinggi).

Kesemua rancangan klasik seperti filem petik Melayu klasik, drama retro dan hiburan retro yang pernah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada era 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, 2000-an dan 2010-an disiarkan di TV6 dan juga di TV1, TV2 dan TV Okey.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTM, RTM Klik dan MYTV Mana Mana.

Liputan TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM, RTM Asean dan TV6 meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut.