Kalimantan Barat

Provinsi
Provinsi Kalimantan Barat
Cogan kata: Akçaya (Sanskrit)
Tidak mudah musnah
Kedudukan Kalimantan Barat di Indonesia
OpenStreetMap
Koordinat: 0°0′N 110°30′E / 0.000°N 110.500°E / 0.000; 110.500
Negara Indonesia
Ibu provinsi
dan bandar terbesar
Pontianak
Ditubuhkan1 Januari 1957
Pentadbiran
 • BadanPemerintah Provinsi Kalimantan Barat
 • GabenorRia Norsan
 • Timbalan GabenorKrisantus Kurniawan
Keluasan
 • Jumlah147,037.04 km2 (56,771.32 batu persegi)
 • PemeringkatanKedua di Indonesia
Aras tertinggi
(Bukit Unjukbalui)
1,659 m (5,443 ft)
Penduduk
 (anggaran pertengahan 2023)
 • Jumlah5,623,328
 • PemeringkatanKe-15 di Indonesia
 • Kepadatan38/km2 (99/batu persegi)
Demografi
 • Kumpulan etnik34.93% Dayak
33.84% Melayu
9.74% Jawa
8.17% Cina
6.27% Madura
3.13% Bugis
3.91% other
 • Agama (2021)60.07% Islam
22.16% Katolik
11.58% Protestant
5.85% Buddha
0.26% Konfusianisme
0.05% Hinduisme
 • BahasaIndonesia (rasmi), Bukar Sadong, Hakka, Iban, Kendayan, Jangkang, Melayu Pontianak, Melayu Sambas, Teochew, dll.
Zon waktuUTC+7 (Waktu Indonesia Barat)
Kod ISO 3166ID-KB
GDP (nominal)2022
 - TotalRp 255.8 trillion (17th)
US$ 17.2 billion
Int$ 53.8 billion (PPP)
 - Per capitaRp 46.2 million (24th)
US$ 3,109
Int$ 9,701 (PPP)
 - Growth 5.07%
HDI 0.694 (30th) – medium
Laman sesawangkalbarprov.go.id

Kalimantan Barat atau disingkat Kalbar Ialah sebuah wilayah di Indonesia. Ia adalah satu daripada lima wilayah Indonesia yang terdapat di Kalimantan, Bahagian Indonesia bagi pulau Borneo. Ibu kota dan bandar terbesarnya ialah Pontianak. Ia bersempadan dengan Kaltim dan Kalteng di timur, Sarawak di utara, Selat Karimata di barat dan Laut Jawa di selatan. Wilayah ini mempunyai berkeluasan 147,037 km2 dan mempunyai seramai 4,395,983 penduduk dan 5,414,390 mengikut Bancian 2020; anggaran rasmi setakat pertengahan 2023 ialah 5,623,328 (merangkumi 2,887,209 lelaki dan 2,736,119 perempuan). Kumpulan etnik termasuklah Dayak, Melayu, Cina, Jawa, Bugis, dan Madura. Sempadan Kalimantan Barat Secara kasar dikesan dengan banjaran gunung yang dikelilingi kawasan tadahan air Sungai Kapuas, yang mengairi sebahagian besar wilayah Ini.

Kalimantan Barat termasuk salah satu kawasan yang mendapat jolokan wilayah "Seribu Sungai". Jolokan ini selaras dengan keadaan geografi yang mempunyai ratusan sungai besar dan kecil yang di antaranya boleh Dilalui. Beberapa sungai besar hingga sekarang masih menjadi nadi utama pengangkutan kawasan pedalaman, walaupun Prasarana Jalan darat telah dapat menjangkau sebahagian besar Wilayah.