Syukur 21

Syukur 21
PengarahEddie Pak
Penulis
Lakon layarZack Idris
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 27 Disember 2000 (2000-12-27) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Bajet3.5 juta
Pecah panggung300 ribu

Syukur 21 ialah sebuah filem cereka sains keagamaan Malaysia 2000 yang dilakonkan oleh Kumpulan Raihan. Antara lokasi penggambaran ialah Putrajaya, Cyberjaya, Jakarta, Surabaya dan Yogyakarta. Filem ini filem pertama menggunakan sistem bunyi SDDS di Malaysia. Ia juga merupakan filem termahal dan termoden tempatan pada ketika itu yang juga telah berjaya memperolehi kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada tahun 2000. Ia telah ditayangkan di seluruh negara Malaysia pada 27 Disember 2000 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Syukur 21 diterbitkan oleh syarikat Metrowealth Pictures. Ia ditayangkan serentak di seluruh Asia Tenggara pada tarikh penayangan yang sama seperti di Malaysia; 27 Disember. Berdasarkan akhbar Berita Harian 25 Mei 2000, filem Syukur 21 juga akan dipasarkan ke beberapa negara di timur tengah serta beberapa negara Islam seperti Indonesia.