Raihan

Raihan
AsalMalaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1996
Syarikat rakamanWarner Music Group
Kegiatan berkaitan
NowSeeHeart
Ustaz Amaluddin
S.M. Salim
Yusof Islam
Miloud Zenasni
Mecca2Medina
Seven8Six
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Raihan (digayakan sebagai RAIHAN) ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 24 September 1968 - 29 September 2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Md Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.