Yasin Sulaiman

Yasin Sulaiman
Kelahiran
Mohammad Yasin bin Sulaiman

(1975-10-30) 30 Oktober 1975
PekerjaanPenyanyi, penerbit, komposer, penulis lirik, pencipta lagu, pelakon, pendakwah bebas
Tahun aktif1995–kini
PasanganSharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain (k. 2003; c. 2020)
Anak-anak2
IbuSuzanah Abdullah
BapaDr. Sulaiman Noordin
SaudaraNora (kakak), Dr. Mohamed Zain Sulaiman (abang), Dr. Idris Sulaiman (adik), Hasnah (adik), Aminah (adik), Marwan (adik)
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanWarner Music Malaysia (2000–2003)
Hush Entertainment (2002–kini)
Kegiatan berkaitanKumpulan Brothers
Vince Chong
Waheeda
Joe Flizzow
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "background"

Mohammad Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-16. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).