Siti Nurhaliza in Symphony

Siti Nurhaliza in Symphony
Persembahan setempat oleh Siti Nurhaliza
Poster promosi konsert Siti Nurhaliza in Symphony - Live With The Malaysian Philharmonic Orchestra.
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatDewan Filharmonik Petronas
Album berkaitanSiti Nurhaliza, Cindai , Adiwarna , Pancawarna , Sahmura , Sanggar Mustika , E.M.A.S , Prasasti Seni , Transkripsi , Lentera Timur dan CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka.
Tarikh5–7 Julai 2013
Jumlah persembahan3 (5-7 Julai 2013)
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza in Symphony - Live With The Malaysian Philharmonic Orchestra (atau Siti Nurhaliza in Symphony sahaja) merupakan konsert persembahan setempat oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Diadakan selama tiga malam berturut-turut pada Julai 2013 di Dewan Filharmonik Petronas, ia merupakan konsert solo pertama yang disokong sepenuhnya oleh 80 pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Konsert itu menandakan penglibatan beliau di industri muzik Malaysia selama hampir 18 tahun dengan lebih daripada 20 album, di mana kebanyakan lagu-lagu yang telah dipersembahkan telah diambil dari album solo dan beberapa lagu beliau sebagai penghargaan kepada penyanyi dan artis Malaysia yang telah memberikan inspirasi kepada beliau.

Sepanjang konsert tiga malam, beliau telah mempersembahkan lebih daripada 20 lagu bersama MPO yang juga kali kedua beliau bekerjasama dengan mereka sejak 2001, apabila beliau menjadi satu-satunya artis jemputan untuk Tan Sri SM Salim.