Lentera Timur

Lentera Timur
Album studio oleh
Dilancarkan pada26 Disember 2008
Dirakamkan pada2006–2008
GenreKontemporari Tradisional
Panjang46:02
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Lentera Timur
(2008)
Tahajjud Cinta
(2009)
Single daripada Lentera Timur
  1. "Di Taman Teman"
    Dikeluarkan: 2008
  2. "Cinta Ini"
    Dikeluarkan: 2008
  3. "Ada Masa Mata"
    Dikeluarkan: 2008
sunting · sunting di Wikidata

Lentera Timur merupakan album studio ke-14 Datuk Siti Nurhaliza dan album tradisional beliau yang ke-5. Album ini memuatkan 11 buah lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 26 Disember 2008, empat tahun selepas bencana Tsunami Asia 2004. Lentera Timur yang bermaksud Cahaya Timur merupakan album studio Siti yang ketiga diterbitkan dibawah syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 10,000 unit.

Proses pembikinan album bermula sejak tahun 2006, namun atas alasan kekurangan material, Siti terpaksa menangguh dahulu, namun apabila MACP telah membuat sebuah bengkel mencipta lagu, Siti dengan kerjasama MACP telah bersetuju membuat album berunsur kontemporari tradisional.

Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah M. Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairi Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara. Menerusi album ini juga, Siti kembali bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan yang menerbitkan beberapa album terakhirnya.