Rencana ini mengenai album ketiga Siti Nurhaliza. Untuk lagu dengan tajuk sama, sila lihat
Cindai (lagu).
| Penarafan profesional
|
| Markah ulasan
|
| Sumber
|
Taraf
|
| Discogs
|
|
Cindai merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza, dan juga percubaan pertama Siti dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia. Cindai juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air, iaitu "Cindai". Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru, iaitu "Cindai" dan "Joget Berhibur", yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru. Album ini telah terjual melebihi 120,000 unit. Album ini menjadi album Siti Nurhaliza yang pertama mempunyai runut tajuk.