Sahmura merupakan album studio keenam Siti Nurhaliza, dilancarkan tepat pada pukul 00:00, 1 Januari 2000. Pelancaran dibuat di KLCC ketika majlis menyambut alaf baru. Sahmura merupakan album tradisional bagi menyambung tradisi Malaysia, dan motto bagi album ini ialah, "Permulaan Untuk Seribu Tahun Lagi". Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.
Sahmura memuatkan beberapa sentuhan dari komposer terkenal, Pak Ngah, S. Atan, To'Ki dan Rosli Selasih. Antara single yang menyerlah ialah "Balqis" dan "Ya Maulai".