Dewan Filharmonik Petronas

Dewan Filharmonik Petronas (DFP) ialah dewan konsert pertama di Malaysia yang dibina khas untuk muzik klasik oleh Petronas. Di sinilah berpangkalannya Orkestra Filharmonik Malaysia. Semenjak pembukannya, dewan ini telah menjadi tuan rumah kepada berbilang-bilang seniman dan orkestra terkemuka di dunia. DFP turut mementaskan persembahan jazz antarabangsa di samping persembahan kebudayaan muzik dan tarian tradisional Malaysia.

Dewan konsert merupakan bilik berbentuk kotak barang kemas yang boleh mendudukkan 885 orang. Ruang direka bentuk agar dapat disesuaikan bagi setiap jenis muzik, daripada orkestra dengan korus hingga ke tarian Malaysia dan solo biola. Ruang konsert juga dilengkapkan dengan peralatan rakaman profesional dan diasingkan dari menara pejabat, pusat sains, dan pusat membeli belah. Ciri istimewanya ialah bumbung bergerak yang tersorok. Bumbung ini boleh menukar isi padu akustik dewan daripada 13,300 m2 buat persembahan konsert muzik kamar dan mesyuarat ke ruang lebih luas sebanyak 18,9752 bagi orkestra besar dan persembahan permainan organ. Ciri ini direka bentuk oleh perunding akustik, Kirkegaard Associates.

Dewan Filharmonik Petronas terletak di Menara Berkembar Petronas, dan dirasmikan pada 17 Ogos 1998 oleh Orkestra Filharmonik Petronas, Siti Hasmah Mohd Ali dan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad.