Transkripsi (album)

Transkripsi
Album studio oleh
Dilancarkan pada23 April 2006
Dirakamkan padaMei 2005 - Mac 2006
GenrePop, R&B dan rock
Panjang58:04
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Prasasti Seni
(2004)
Transkripsi
(2006)
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Single daripada Transkripsi
  1. "Biarlah Rahsia"
    Dikeluarkan: 22 Januari 2006
  2. "Bisakah"
    Dikeluarkan: Jun 2006
  3. "Siti Situ Sana Sini"
    Dikeluarkan: Julai 2006
  4. "Bila Harus Memilih"
    Dikeluarkan: Ogos 2006
  5. "Pastikan"
    Dikeluarkan: Disember 2006
  6. "Destinasi Cinta"
    Dikeluarkan: Februari 2007
sunting · sunting di Wikidata

Transkripsi ialah album studio ke-12 Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini telah terjual melebihi 80,000 unit. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.

Album ini juga merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions dan album pertama beliau dimana Siti berperanan sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Album ini diiktiraf sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti Nurhaliza, kerana kepelbagaian elemen pop, rock, dan turut memuatkan lagu balada yang baik.