Pencerobohan Qing ke atas Joseon

Pencerobohan Qing ke atas Joseon
Sebahagian daripada Konflik Korea–Jurchen, Peralihan Ming-Qing
Tarikh9 Disember 1636 – 30 Januari 1637
Lokasi
Keputusan Kemenangan Qing
Pihak yang terlibat
Dinasti Joseon
Dinasti Ming
 Dinasti Qing
Komandan dan pemimpin
Im Gyeong-eop
Shin Gyeong-won
Hong Myeong-gu 
Kim Jun-yong
Min Yeong 
Shen Shikui 
Hong Taiji
Dorgon
Ajige
Dodo
Hooge
Oboi
Kong Youde
Geng Zhongming
Shang Kexi
Shi Tingzhu
Inggūldai
Kekuatan
80,000–90,000 100,000
Kerugian dan korban
Tidak diketahui Tidak diketahui
Nama Korea
Hangul
병자호란
Hanja
Perumian SemakanByeongja Horan
McCune–ReischauerPyŏngcha Horan

Pencerobohan Qing ke atas Joseon (Korea병자호란; Hanja丙子胡亂: Jawi: ڤنچروبوهن چيڠ کأتس جوسون) berlaku pada musim sejuk 1636 apabila dinasti Qing yang baru ditubuhkan menyerang dinasti Joseon, menetapkan status Qin sebagai hegemon dalam Sistem Uftian Empayar China dan secara rasmi memutuskan hubungan Joseon dengan dinasti Ming. Pencerobohan itu didahului oleh pencerobohan Jin Akhir ke atas Joseon pada tahun 1627.

Pencerobohan itu menghasilkan kemenangan Qing. Joseon terpaksa menjalinkan hubungan uftian dengan Empayar Qing, serta memutuskan hubungan dengan Ming yang semakin merosot. Putera mahkota Joseon bersama adinda lelakinya telah diambil sebagai tebusan, tetapi mereka kembali ke Joseon selepas beberapa tahun. Salah seorang daripada mereka kemudiannya menjadi Raja Hyojong. Baginda terkenal dengan rancangannya untuk ekspedisi ke dinasti Qing.