Jin Akhir (1616–1636)

Jin

ᠮᠠᠨᠵᡠ
ᡤᡠᡵᡠᠨ
atau ᠠᡳ᠌ᠰᡳᠨ
ᡤᡠᡵᡠᠨ

Aisin gurun
1616–1636
Peta wilayah-wilayah Dinasti Jin Lewat (后金) 1626, terserlah warna hijau terang
StatusKhanate
Ibu negara
  • Hetu Ala (1616–1622)
  • Tungking (1622–1625)
  • Mukden (1625–1636)
Bahasa yang umum digunakanJurchen (bertukar nama sebagai Manchu selepas 1635), Mongolia, Mandarin
KerajaanKerajaan Beraja
Khan 
• 1616–1626
Nurhaci
• 1626–1636
Hong Taiji
Badan perundanganDewan Kerajaan
Era SejarahEra empayar
• Tianming Khan naik takhta
1616
• Perisytiharan Tujuh Dendaman
1618
• Pertempuran Sarhū
1619
• Pengilhakan Dinasti Yuan Utara
1635
1636
Mata wangKoin Cina
Tunai Cina
Didahului oleh
Diganti oleh
Jurchen Jianzhou
Dinasti Ming
Dinasti Yuan Utara
Dinasti Qing
Sekarang sebahagian dariChina
Mongolia
Russia
Korea Utara
Later Jin
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional後金
Tulisan Cina Ringkas后金
Maksud harfiahLater Gold(en) State
Manchu name
Manchu scriptᠠᠮᠠᡤᠠ
ᠠᡳᠰᡳᠨ
ᡤᡠᡵᡠᠨ
Romanization(Amaga) Aisin Gurun

Jin Akhir, secara rasmi dikenali sebagai Jin atau Jin Raya, ialah dinasti diraja China yang dipimpin oleh Etnik Jurchen yang berasal daripada wilayah Manchuria. Ia pendahulu kepada Dinasti Qing. Kerajaan ini ditubuhkan pada tahun 1616 oleh Ketua Suku Jurchen dan Manchu, Nurhaci selepas Raja itu berjaya menyatukan seluruh Puak Jurchen yang terpisah-pisah. Nama Jin dirujuk oleh Nurhaci daripada Lima Dinasti Jin yang tubuh lebih awal yang dipimpin Puak Wanyan dari Etnik Jurchen yang telah memerintah China Utara pada abad ke-12 sehingga ke-13.

Pada tahun 1635, Khan Mongol Dinasti Yuan Utara Ejei Khan menyatakan tunduk di bawah pentadbiran Jin. Pada tahun berikutnya, Hong Taiji secara rasmi menukar nama kerajaan kepada "Qing Raya", yang menjadi tanda daripada bermulanya Dinasti Qing. Semasa peralihan Ming-Qing, Qing mengilhakan wilayah Dinasti Shun yang dipimpin Li Zicheng dan pelbagai penyokong setia Dinasti Ming di Selatan. Penerus daripada Jin Lewat itu kemudian mengasas sebuah empayar besar yang merangkumi seluruh China, meluaskan pentadbirannya sampai kepada Tibet, Manchuria, Mongolia, Turkestan Timur, Taiwan dan Siberia Selatan sehingga Revolusi Xinhai 1911 yang menubuhkan semula Pemerintahan Etnik Han.