| Kaligrafi Cina |
|---|
|
Kaligrafi Cina
|
| Negara | China |
|---|
| Rujukan | 216 |
|---|
| Kawasan | Asia-Pasifik |
|---|
|
| Inskripsi | 2009 (sesi 4) |
|---|
Seni khat orang Cina melibatkan gaya menulis aksara Cina sebagai suatu bentuk seni menggabungkan seni visual dan tafsiran terhadap makna sastera. Ekspresi jenis ini telah diamalkan secara meluas di China dan secara umumnya sangat dihargai di seluruh Asia Timur. Kaligrafi dianggap sebagai salah satu daripada empat kemahiran dan hobi yang paling dihargai oleh golongan sarjana Cina zaman dahulu, bersama-sama dengan bermain alat muzik bertali, permainan papan Go, dan seni lukisan.
Terdapat beberapa penyeragaman umum terhadap pelbagai gaya tulisan Cina dalam tradisi ini. Kaligrafi Cina dan lukisan dakwat dan cuci berkait rapat: kedua-duanya dilakukan menggunakan alat dan teknik yang serupa serta mempunyai sejarah kesenian yang panjang dan saling berkait. Ciri utama lukisan dan kaligrafi Cina ialah penekanan kepada pergerakan yang penuh dengan tenaga hidup. Menurut Stanley-Baker, "Kaligrafi ialah kehidupan yang dirasai melalui tenaga yang bergerak dan direkod sebagai kesan pada sutera atau kertas, dengan masa dan irama dalam ruang yang berubah sebagai ramuan utamanya." Kaligrafi juga telah membawa kepada perkembangan pelbagai bentuk seni di China, termasuk ukiran cop mohor, pemberat kertas hiasan, dan batu dakwat.