Kanji

Kanji atau amilum (daripada Latin: amylum) merupakan bahan karbohidrat kompleks yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai penyimpan tenaga setelah menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil dalam proses fotosintesis. Bahan ini merupakan sejenis polisakarida yang terdiri daripada dua komponen iaitu amilosa dan amilopektin

Perkataan "kanji" pada asalnya merujuk kepada bubur nasi, ia serapan Tamil: கஞ்சி kanci.