Seni tampak

Seni tampak atau seni visual ialah satu bentuk seni terapan yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk boleh dinampak seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.

Dengan kata lain seni visual ialah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.