Seni khat

Seni khat ("khat" pinjaman Arab: خط, rumi: khaṭ, lit.'garisan') atau kaligrafi (dari bahasa Yunani κάλλος kallos "cantik" + γραφή graphẽ "tulisan") ialah sejenis seni visual berkaitan dengan penulisan melibatkan gaya lenggok pergerakan menanda kertas (sama ada menggunakan berus, pena atau benda tirus seperti kalam) dengan dakwat.. Takrifan semasa bagi amalan khat adalah "seni bagi memberi bentuk bagi tanda dalam bentuk gambaran, harmoni dan kemahiran". Kisah penulisan merupakan satu evolusi kecantikan estetika dibingkai dengan kemahiran teknikal, kepantasan penyampaian dan kekangan material dipnunyai seseorang, masa dan tempat. Gaya penulisan digelar skrip, atau huruf (Fraser and Kwiatkowski 2006; Johnston 1909: Plate 6).

Khat moden berbeza antara gambaran huruf tangan dan reka bentuk berfungsi kepada hasil seni halus di mana gambaran abstrak tanda tulisan tangan mungkin atau tidak dikaburkan tulisannya. Khat klasik berbeza dari tipograf dan tulisan tangan klasik-baru, melalui khat mungkin mencipta semua ini; huruf berdisplin segi sejarah akan tetapi mengalir dan spontan, diperkemas ketika menulis.

Seni khat terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis, reka bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asal logo, seni keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah, ukiran tulisan batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan imej bergerak bagi filem dan televisyen, persaksian, sijil kelahiran dan kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan (sebagai contoh lihat Letter Arts Review; Propfe 2005; Geddes and Dion 2004).