Sasi The Don

Sasi The Don
Sasi The Don di konsert Aloud Asia Vol. 2 pada 2011.
Maklumat latar belakang
Nama lahirSasidharan a/l Chandran
Juga dikenali
sebagai
Sasi The Don
Kelahiran (1978-11-11) 11 November 1978
Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman
Alat muzikVokal
Tahun aktif2001–kini
Syarikat rakamanIsland Talk Asia, Mighty Lion Records, Times Music India
Kegiatan berkaitanAmy Search, Amy Mastura, Anita Sarawak, Altimet, Jaclyn Victor, Salammusik, Rabbit Mac, Maya Hanum, Apache Indian, Maxi Priest
Pautan berkaitan
Tapak sesawangsasithedon.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Sasidharan a/l Chandran atau lebih dikenali sebagai Sasi The Don (lahir 11 November 1978) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Dikenali sebagai "Duta Reggae Asia", beliau merupakan artis Tamil Malaysia pertama yang mencipta kejayaan arus perdana dengan mempersembahkan lagu-lagu Tamil Asli kepada penonton bukan Tamil.

Beliau telah menjual lebih dari 100,000 salinan albumnya. Sepanjang kerjayanya, Sasi telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Industri Muzik dan Anugerah MACP.