Rege

Reggae music of the Caribbean region
NegaraJamaica
Rujukan01398
KawasanThe Caribbean
Sejarah inskripsi
Inskripsi2018

Rege ([ré.gé], bahasa Inggeris: Reggae) ialah genre muzik pertama kali dikembangkan di Jamaica pada akhir 1960-an. Kadang-kadang digunakan dalam erti kata yang lebih luas ke hampir semua jenis Muzik Jamaica, istilah rege sebenarnya lebih melambangkan stail (gaya) muzik tertentu yang berasal daripada perkembangan ska dan rocksteady. Reggae sering menonjolkan unsur yang membangkitkan rasa santai dan tenang dalam kalangan pendengarnya.

Genre muzik ini disenaraikan sebagai sebuah Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO pada November 2018.