Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | MACP |
| Jenis/bentuk sah | Pertubuhan, performing rights organization, copyright collective |
| Status undang-undang | Bukan keuntungan |
| Tujuan | Membantu mengumpulkan royalti industri muzik Malaysia |
| Keanggotaan | Syarikat muzik Malaysia |
| Anggota bagi | International Confederation of Societies of Authors and Composers (2023) |
| Tapak web | www |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 1989 |
| Pengurusan | |
| Pengerusi | M. Nasir |
| Naib Pengerusi | Aidit Alfian |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
| Lokasi | |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (bahasa Inggeris: Music Authors Copyright Protection atau MACP) ialah sebuah pertubuhan muzik bukan keuntungan Malaysia yang ditubuhkan pada 1989. Sejak penubuhannya, MACP telah memainkan peranannya sebagai Badan Pengutip Royalti (CMO) yang sangat aktif dan sehingga kini sudah mempunyai seramai 3,000 ahli di seluruh Malaysia. Sebagai salah satu CMO yang berdaftar dan diberikan lesen untuk mengutip royalti, MACP banyak membantu golongan pengkarya muzik yang biasanya bergantung harap kepada pendapatan menerusi penciptaan lagu dengan pengagihan royalti yang dilakukan pada setiap tahun.
MACP juga merupakan penganjur bagi Anugerah MACP yang diadakan sejak 1996 bagi memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik Malaysia. Habsah Hassan merupakan pengerusi MACP sejak 2000, namun mengumumkan perletakan jawatan pada 1 Oktober 2018. M. Nasir ialah Pengerusi terkini MACP.