Rubin Balang

Rubin Balang
PGDK (Sabah)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Kemabong
Menyandang jawatan
8 Oktober 2020
Didahului olehJamawi Jaafar
Dalam jawatan
1995–2018
Didahului olehEsar Andamas
Digantikan olehJamawi Jaafar
Pengerusi
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah
Menyandang jawatan
2021
Didahului olehRichard Sakian Gunting
Ketua Bahagian
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Tenom
Dalam jawatan
15 Mei 2019 – 11 Disember 2022
Didahului olehJawatan diwujudkan
Naib Presiden
Parti Gagasan Rakyat Sabah
Menyandang jawatan
5 Februari 2023
Maklumat peribadi
Lahir
Rubin bin Balang

(1963-03-01) 1 Mac 1963
Tenom, Koloni Mahkota Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
Parti politik Parti Bersatu (PBS) (bekas ahli)
UMNO (bekas ahli)
BEBAS (bekas ahli)
BERSATU (bekas ahli)
BEBAS (bekas ahli)
GAGASAN (sejak 2023)
AnakRiduan Rubin
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Datuk Rubin Balang (lahir 1 Mac 1963) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kemabong dalam kawasan Parlimen Tenom, Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Kemabong sejak 1994 sehingga 2018. Kemudian bertanding Parlimen Tenom pada PRU ke 14, dan kerusi DUN Kemabong diberikan kepada Jamawi Jaafar dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu oleh BN. Dalam Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau sepatutnya bertanding atas tiket Perikatan Nasional tetapi Raime Unggi dari Barisan Nasional telah dicalonkan bagi mewakili Gabungan Rakyat Sabah. Rubin menjadi calon Bebas dan berjaya memenangi kerusi tersebut semula dengan mengalahkan Raimee Unggi dan beberapa calon lain. Pada tahun 2023, beliau secara rasmi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan pada tarikh 5 Februari 2023, beliau juga dilantik secara rasmi untuk menyandang Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.