Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli | |
|---|---|
Rafizi pada 2023 | |
| Menteri Ekonomi Malaysia | |
| Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 17 Jun 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Dato Hanifah Hajar Taib |
| Didahului oleh | Dato Sri Mustapa Mohamed |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Pandan, Selangor | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
| Majoriti | 48,296 (PRU-15) |
| Dalam jawatan 10 April 2013 – 7 April 2018 | |
| Didahului oleh | Ong Tee Keat |
| Digantikan oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
| Majoriti | 26,729 (PRU-13) |
| Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ke-5 | |
| Dalam jawatan 17 Julai 2022 – 23 Mei 2025 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Didahului oleh | Azmin Ali |
| Digantikan oleh | Nurul Izzah Anwar |
| Ketua PKR Cabang Pandan | |
| Menyandang jawatan 2025 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Rafizi bin Ramli 14 September 1977 Besut, Terengganu, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | KEADILAN (1999-2003) PKR (2003-kini) |
| Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2008) Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Hadapan (2015-kini) |
| Pasangan | Datin Seri Afizsa Ashak |
| Anak | 1 |
| Kediaman | |
| Pendidikan | Kolej Melayu Kuala Kangsar |
| Tempat belajar | University of Leeds (BEng) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Akauntan |
| Laman web | rafiziramli.com |
Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Rafizi Ramli (lahir 14 September 1977) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang portfolio sebagai Menteri Ekonomi Malaysia pada tahun 2022 hingga 2025 dan Ahli Parlimen Pandan buat penggal Kedua. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dari tahun 2022 hingga 2025, selepas dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar pada pemilihan kepimpinan PKR 2025. Pada 28 Mei 2025, beliau mengumumkan meletakkan Jawatan sebagai Menteri Ekonomi Malaysia berkuatkuasa 17 Jun 2025 dan mengumumkan akan mula bercuti bermula 28 Mei 2025 sehingga 16 Jun 2025.