Rencana ini mengenai pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2025. Untuk parti politik itu sendiri, sila lihat
Parti Keadilan Rakyat.
Pemilihan Jawatan Presiden
Parti Keadilan Rakyat 2025|
|
|
|
|
|
| Calon
|
Anwar Ibrahim
|
|
| Parti
|
PKR
|
|
| Undian popular
|
Menang tanpa bertanding
|
|
| Peratusan
|
100%
|
|
|
|
Satu pilihan raya kepimpinan telah diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Malaysia pada 16 Mac 2025 hingga 23 Mei 2025 untuk memilih kepimpinan baharu di peringkat pusat dan cabang.
Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat 2025|
|
|
|
|
Pemilihan kepimpinan ini akan menjadi yang pertama sejak presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia dan yang kedua sejak PKR menjadi parti pemerintah, selepas Pemilihan kepimpinan PKR pada tahun 2018. Pemilihan kepimpinan kali ini dianggap sangat penting bagi hala tuju parti untuk pilihan raya umum akan datang yang dijangka pada tahun 2027.