Besut

Besut
Daerah Besut
Lokasi Daerah Besut di Terengganu
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Besut
Pentadbiran
 • Yang DipertuaAbdul Rasid bin Jusoh
Keluasan
 • Jumlah123,367.8 ha (304,848.5 ekar)
 • Kawasan majlis73.82 km2 (28.50 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah154,168
 • Kepadatan120/km2 (320/batu persegi)
 • Kawasan majlis
154,168
 • Kepadatan Kawasan majlis2,100/km2 (5,400/batu persegi)
Poskod
22+++
Laman sesawangMajlis Daerah Besut
Pejabat Daerah dan Tanah Besut

Besut ialah sebuah daerah masyarakat Melayu Kelantan di utara Terengganu, Malaysia. Daerah ini bersempadan negeri dengan daerah Pasir Puteh, Kelantan di utara manakala di selatan bersempadan dengan daerah Hulu Terengganu, Setiu dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat pentadbiran ialah di Kampung Raja dan pusat pelabuhan ikan adalah di Kuala Besut. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar (304,848 ekar) dan penduduk seramai 154,168 pada tahun 2020.