Hanifah Hajar Taib
Hanifah Hajar Abdul Taib | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Ekonomi | |
| Menyandang jawatan 10 Disember 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim Ismail |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Rafizi Ramli |
| Kawasan pilihan raya | Mukah |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Mukah, Sarawak | |
| Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
| Didahului oleh | Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah |
| Majoriti | 15,686 (PRU-15) 7,000 (PRU-14) |
| Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Menteri | Maximus Johnity Ongkili |
| Digantikan oleh | Wilson Ugak Kumbong |
| Kawasan pilihan raya | Mukah |
| Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Menteri | Maximus Johnity Ongkili |
| Didahului oleh | Pejabat ditubuhkan |
| Kawasan pilihan raya | Mukah |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 28 Ogos 1972 Sarawak, Malaysia |
| Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (Sehingga 2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018–Kini) |
| Pasangan | Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree (k. 2000) |
| Pertalian | Abdul Taib Mahmud (bapa) Jamilah Taib-Murray (kakak) Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (abang) |
| Tempat belajar | University of San Francisco |
| Pekerjaan |
|
| Gaji | RM37,347.65 sebulan |
Dato Hajah Hanifah Hajar binti Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib juga dikenali sebagai Hanifah Hajar Taib-Alsree (lahir pada 28 Ogos 1972) ialah seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Ekonomi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Amir Hamzah sejak Jun 2025. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen (MP) Mukah sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Sabah dan Sarawak bagi penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Maximus Ongkili dari Ogos 2021 sehingga kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada November 2022, serta bagi penggal pertama dalam pentadbiran PN di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Maximus Ongkili dari Mac 2020 hingga Ogos 2021. Beliau ialah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sebelum ini dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan anak kepada Abdul Taib Mahmud, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak.