Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2021

Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2021
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Itali
Tarikh6–10 Oktober
Pasukan4
Tempat(di 2 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Perancis (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Sepanyol
Tempat Ketiga Itali
Tempat Keempat Belgium
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan4
Jaringan gol14 (3.5 per perlawanan)
Kehadiran94,168 (23,542 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Karim Benzema
Kylian Mbappé
Ferran Torres
(Masing-masing 2 gol)
Pemain terbaik Sergio Busquets
2019
2023

Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2021 akan menjadi kejohanan terakhir edisi 2020–21 Liga Negara-Negara UEFA, musim kedua kejohanan bola sepak antarabangsa yang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 ahli persatuan UEFA. Kejohanan ini akan diadakan dari 6 hingga 10 Oktober 2021, dan akan dipertandingkan oleh empat pemenang kumpulan Liga A Negara-Negara. Kejohanan ini akan terdiri daripada dua separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir untuk menentukan juara Liga Negara-Negara UEFA.

Portugal adalah juara bertahan, setelah menjuarai kejohanan sulung pada 2019. Namun, mereka gagal melayakkan diri ke pusingan akhir 2021 setelah menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka di belakang Perancis.

Perancis memenangi perlawanan akhir 2–1 menewaskan Sepanyol untuk gelaran Liga Negara-Negara UEFA pertama mereka.