Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2023

Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2023
Finaleronde UEFA Nations League 2023 (dalam bahasa Belanda)
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Belanda
Tarikh14–18 Jun
Pasukan4
Tempat(di 2 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Sepanyol (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Croatia
Tempat Ketiga Itali
Tempat Keempat Belanda
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan4
Jaringan gol14 (3.5 per perlawanan)
Kehadiran126,319 (31,580 per perlawanan)
Penjaring terbanyak14 pemain
(Masing-masing 1 gol)
Pemain terbaik Rodri
2021
2025

Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2023 akan menjadi kejohanan terakhir edisi 2022–23 Liga Negara-Negara UEFA, musim ketiga kejohanan bola sepak antarabangsa yang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 ahli persatuan UEFA. Kejohanan itu diadakan dari 14 hingga 18 Jun 2023 di Belanda dan dipertandingkan oleh empat juara kumpulan Liga A Negara-Negara. Kejohanan itu terdiri daripada dua separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir untuk menentukan juara Liga Negara-Negara UEFA.

Berikutan kemenangan mereka pada 2021, juara bertahan Perancis tidak dapat mengekalkan kejuaraan mereka selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mereka.

Sepanyol memenangi perlawanan akhir menentang Croatia, 5–4 menerusi sepakan penalti berikutan keputusan seri 0–0 selepas masa tambahan, untuk gelaran Liga Negara-Negara UEFA pertama mereka.