Kylian Mbappé

Kylian Mbappé
Mbappé dengan Paris-Saint Germain pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama penuh Kylian Mbappé Lottin
Tarikh lahir (1998-12-20) 20 Disember 1998
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Madrid
Nombor 9
Kerjaya remaja
2004–2013 AS Bondy
2013–2015 Monaco
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Monaco B 12 (4)
2015–2018 Monaco 41 (16)
2017–2018 Arsenal 27 (13)
2018–2023 Paris Saint-Germain 153 (142)
2024 Real Madrid
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B17 2 (0)
2016 Perancis B19 11 (7)
2017– Perancis 71 (40)
Pengalaman
Mewakili  Perancis
Pingat kebangsaan
Piala Dunia FIFA 2018 Perancis
Kejohanan Piala Eropah B-19 UEFA Perancis
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2023 (UTC)

Kylian Mbappé Lottin (lahir 20 Disember 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang akan bermain sebagai posisi penyerang untuk kelab La Liga, Real Madrid CF dan mengetuai pasukan kebangsaan Perancis. Beliau dianggap sebagai salah satu pemain terbaik di dunia dan terkenal dengan kemasan klinikal, menggelecek, kekuatan, dan kepantasan.

Pada tahun 2015, Mbappé memulakan karier seniornya bersama kelab Ligue 1 iaitu Monaco, di mana beliau membuat penampilan profesionalnya ketika berusia 16 tahun. Beliau juga memenangi gelaran Ligue 1 sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1 dan dinobatkan anugerah Golden Boy. Pada tahun 2017, beliau menandatangani kontrak bersama kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dengan status sebagai pemain pinjaman. Pada tahun berikutnya, Mbappé dijadikan pemain kekal dengan pindahan bernilai €180 juta dan sekaligus menjadikannya pemain kedua termahal di dunia, serta pemain remaja termahal yang pernah ada.

Di peringkat antarabangsa, Mbappé membuat penampilan seniornya untuk Perancis ketika berusia 18 tahun. Mbappé menjadi pemain Perancis termuda yang menjaringkan gol di Piala Dunia, serta menjadi remaja kedua, selepas Pelé, yang menjaringkan gol di perlawanan akhir Piala Dunia. Beliau juga berjaya menjadi pencetak gol kedua tertinggi ketika Perancis memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018. Dalam kejohanan tersebut, beliua dinobatkan anugerah Pemain Muda Terbaik dan Pemain Terbaik Perancis untuk persembahannya.