Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2019
| Fase Final da Liga das Nações da UEFA de 2019 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Portugal |
| Tarikh | 5–9 Jun |
| Pasukan | 4 |
| Tempat | 2 (di 2 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Portugal (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Belanda |
| Tempat Ketiga | England |
| Tempat Keempat | Switzerland |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 4 |
| Jaringan gol | 9 (2.25 per perlawanan) |
| Kehadiran | 127,067 (31,767 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Cristiano Ronaldo (3 gol) |
| Pemain terbaik | Bernardo Silva |
| Permain muda terbaik | Frenkie de Jong |
2021 → | |
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2019 adalah kejohanan terakhir Liga Negara-Negara UEFA Edisi 2018–19, musim sulung kejohanan bola sepak antarabangsa yang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 ahli persatuan UEFA. Kejohanan itu diadakan di Portugal dari 5 hingga 9 Jun 2019, dan telah dipertandingkan oleh empat juara kumpulan Liga A Negara-Negara. Kejohanan itu terdiri daripada dua separuh akhir, tempat ketiga dan pentas akhir untuk menentukan juara Liga Negara-Negara UEFA.
Portugal memenangi 1–0 di pentas akhir menentang Belanda untuk menjadi juara pertama Liga Negara-Negara UEFA.