Liga Negara-Negara UEFA 2020–21

Liga Negara-Negara UEFA 2020–21
Perincian kejohanan
TarikhFasa Liga:
3 September – 18 November 2020
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara:
6–10 Oktober 2021
Perlawanan Penyingkiran:
24–29 Mac 2022
Pasukan55
Kedudukan Akhir
Juara Perancis (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Sepanyol
Tempat Ketiga Itali
Tempat Keempat Belgium
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan168
Jaringan gol382 (2.27 per perlawanan)
Kehadiran222,505 (1,324 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Romelu Lukaku
Erling Haaland
Ferran Torres
(Masing-masing 6 gol)

Liga Negara-Negara UEFA 2020–21 adalah musim kedua Liga Negara-Negara UEFA, sebuah kejohanan persatuan bola sepak antarabangsa yang dirancang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 ahli persatuan UEFA. Kejohanan ini diadakan dari September hingga November 2020 (fasa liga), Oktober 2021 (Pusingan Akhir Liga Negara-Negara) dan Mac 2022 (perlawanan penyingkiran).

Portugal adalah juara bertahan, setelah memenangi kejohanan sulung pusingan akhir pada 2019. Namun, mereka gagal melayakkan diri ke pusingan akhir 2021 setelah menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka di belakang Perancis. Tidak ada pasukan yang layak ke Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA sebelumnya yang layak di edisi 2021.

Perancis memenangi perlawanan akhir 2–1 menewaskan Sepanyol untuk gelaran Liga Negara-Negara UEFA pertama mereka.