Rejimen Askar Melayu DiRaja

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
ريجيمن عسكر ملايو دراج
Logo Rejimen Askar Melayu Diraja
Aktif1 Mac 1933 (ditubuhkan)
Negara Malaysia
KesetiaanYang di-Pertuan Agong
CawanganTentera Darat Malaysia
JenisTentera darat
Pusat latihanPort Dickson, Negeri Sembilan
MotoTaat Setia
Tanda kebesaran
Panji

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD atau juga disebut Askar Melayu) merupakan satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua dalam Tentera Darat Malaysia(TDM). Askar Melayu, bersama-sama dengan Rejimen Renjer Diraja(RRD) merupakan pasukan tempur infantri utama TDM dan dibantu oleh Rejimen Sempadan sebagai infantri ringan.

Rejimen Askar Melayu Diraja, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion.

Berikutan sudah tiada lagi ancaman dari komunis, maka bermula pada penghujung tahun 1994, Rejimen Askar Melayu Diraja telah dikecilkan menjadi 25 buah batalion sahaja.

Akan tetapi selepas terjadinya Krisis pencerobohan Lahad Datu pada 2013, TDM pada bulan Mei 2014 telah mengaktifkan semula batalion ke-26 (26 RAMD) melalui Kuasa Waran Perjawatan FED(M)/3000/1/14. Batalion ini kini ditempatkan di Kem Kukusan, Tawau, Sabah. Ini pula diikuti dengan penubuhan batalion ke-27 (27 RAMD) yang akan ditempatkan di dalam formasi Markas 5 Briged, berpangkalan di pantai barat Sabah.

Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu, tidak seperti RRD dan rejimen-rejimen TDM lain yang anggotanya terdiri daripada pelbagai kaum.