Hasnul Rahmat
Hasnul Rahmat | |
|---|---|
| Kelahiran | Hasnul bin Rahmat @ Mustafa 16 Januari 1971 |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
| Tahun aktif | 1989–kini |
| Bapa | Allahyarham Rahmat @ Mustafa Abu Karim |
Hasnul bin Rahmat @ Mustafa (lahir 16 Januari 1971) ialah seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia kelahiran Singapura. Beliau lebih dikenali melalui watak-watak yang sentiasa memaparkan kelainan setiap kali beliau muncul di layar perak mahupun di kaca TV. Persembahannya yang unik serta pembawakan karektor di dalam lakonan beliau tidak pernah mengecewakan penonton.