Pilihan raya umum Malaysia seterusnya


Selewat-lewatnya 17 Februari 2028 (2028-02-17)

Kesemua 222 kerusi dalam Dewan Rakyat
112 kerusi diperlukan untuk majoriti
 
Pemimpin Anwar Ibrahim Hashim Jasin Ahmad Zahid Hamidi
Parti PKR PAS UMNO
Gabungan Pakatan Harapan Perikatan Nasional Barisan Nasional
Pilihan raya
lepas
81 kerusi 74 kerusi 30 kerusi
Kerusi terkini 81 68 30
Kerusi yang
diperlukan
31 44 82

 
Pemimpin Abang Johari Hajiji Noor Shafie Apdal
Parti PBB Parti Gagasan Rakyat Sabah WARISAN
Gabungan GPS Gabungan Rakyat Sabah
Pilihan raya
lepas
23 kerusi 6 kerusi 3 kerusi
Kerusi terkini 23 6 3
Kerusi yang
diperlukan
109

-

Penjawat kini Perdana Menteri

Anwar Ibrahim
PH

Perdana Menteri


Pilihan raya umum Malaysia seterusnya mesti diadakan selewat-lewatnya pada 17 Februari 2028.

Pengagihan semula dan Persempadanan semula bagi kawasan pilihan raya dijangka berlaku menjelang tahun 2026, dengan yang terakhir diadakan sebelum pilihan raya umum 2018.

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, Presiden Pakatan Harapan, kini mengetuai kerajaan campuran yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN}, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan parti kecil lain. Perikatan Nasional (PN) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) duduk sebagai pembangkang.

Pilihan raya umum sebelumnya menyaksikan PN meraih memperoleh lebih banyak kerusi terutamanya di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang digelar oleh pihak orang ramai (seperti ahli politik dan penganalisa politik) sebagai Gelombang Hijau. Hal ini menyebabkan parlimen tergantung buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.