Hashim Jasin
Yang Berbahagia Dato' Tuan Guru Haji Hashim Jasin DPSJ (Perlis) | |
|---|---|
Hashim pada 2022 | |
| Mursyidul Am PAS | |
| Ketua Majlis Syura Ulamak PAS | |
| Menyandang jawatan 2016 | |
| Didahului oleh | Haron Din |
| Pesuruhjaya PAS Perlis | |
| Dalam jawatan 1991–2013 | |
| Digantikan oleh | Mohd Shukri Ramli |
| Dalam jawatan 1971–1973 | |
| Didahului oleh | Mahmud Mohd Noor |
| Digantikan oleh | Ahmad Long |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Sanglang | |
| Dalam jawatan 1999–2013 | |
| Didahului oleh | Karim Salleh |
| Digantikan oleh | Mohd Shukri Ramli (PAS) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Arau, Perlis | |
| Dalam jawatan 1998–1999 | |
| Didahului oleh | Kamarudin Ahmad |
| Digantikan oleh | Mastika Junaidah Husin |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Hashim bin Jasin 1 Ogos 1939 Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia Parti Islam Se-Malaysia |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (2020-kini) Gagasan Sejahtera (2018) Pakatan Rakyat (2008-2014) |
| Pasangan | Ustazah Datin Sarah Rejab (m. 2023) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Pendakwah |
Dato' Tuan Guru Haji Hashim bin Jasin (Jawi: هاشم بن جاسين) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Mursyidul Am PAS yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak PAS . Beliau adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket PAS. Pada 9 Oktober 2016, Tuan Guru Haji Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am PAS bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California.