Pilihan raya negeri Pahang 2022

Pilihan Raya Negeri Pahang 2022

19 November 2022

Semua 42 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Pahang
22 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,136,944
Pengundi hadir77.47%
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
 
Pemimpin Wan Rosdy Wan Ismail Amirudin Shari Tuan Ibrahim Tuan Man
Parti UMNO PKR PAS
Gabungan Barisan Nasional Pakatan Harapan Perikatan Nasional
Pemimpin sejak 15 Mei 2018 2022 02 November 2022
Kerusi pemimpin Jelai Tidak bertanding Cheka
Pilihan raya
lepas
25 kerusi, 39.99% 9 kerusi, 26.90% 8 kerusi, 32.92%
Kerusi sebelum 25 9 8
Kerusi yang
diperlukan
13 14
Kerusi yang
dimenangi
17 8 17
Perubahan kerusi 8 1 9
Undian popular 337,533 188,230 340,378
Peratusan 38.75% 21.61% 39.07
Peralihan undi 2.85 7.39 09.97


Menteri Besar sebelum pilihan raya

Wan Rosdy Wan Ismail
BNUMNO

Menteri Besar dipilih

Wan Rosdy Wan Ismail
BNUMNO


Pilihan Raya Negeri Pahang 2022 secara rasminya Pilihan Raya Negeri Pahang ke-15 berlangsung pada 19 November 2022, serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2022. Pilihan raya ini adalah untuk memilih 42 ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15. Penggal sebelumnya telah dibubarkan pada 14 Oktober 2022.

Buat kali pertama dalam sejarah pilihanraya Pahang, tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Hasil perbincangan dengan parti-parti terlibat, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua. Perikatan Nasional menjadi pembangkang setelah gagal dalam perbincangan membentuk kerajaan bersama BN atau PH.