Pilihan raya kecil Pelangai 2023

Pilihan raya kecil
Pelangai 2023

7 Oktober 2023 (2023-10-07)

Kerusi (Pelangai) di Dewan Negeri Pahang.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
Terdaftar16,456
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Calon Amizar Abu Adam Kasim Samat Haslihelmy DM Zulhasni
Parti UMNO Parti Islam Se-Malaysia BEBAS
Gabungan Barisan Nasional Perikatan Nasional
Undian popular 7,324 4,375 43
Peratusan 62.37 37.26 0.37

ADUN Pelangai sebelum pilihan raya

Johari Harun
Barisan Nasional

Terpilih

Amizar Abu Adam
Barisan Nasional

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai 2023 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri Pahang ke-15 yang diadakan pada 7 Oktober 2023.

Menurut perlembagaan negeri, kekosongan DUN perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 16 Oktober 2023.

Pilihan raya ini akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun yang meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 selepas jet peribadi yang dinaikinya terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.