Amizar Abu Adam
Amizar Abu Adam | |
|---|---|
| أميزر أبو آدم | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Hal Ehwal, Koperasi & Pembangunan Usahawan FELDA : sejak 14 Februari 2024) | |
| Menyandang jawatan 13 Februari 2024 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
| Didahului oleh | Razali Kassim |
| Kawasan pilihan raya | Pelangai |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Pelangai | |
| Menyandang jawatan 7 Oktober 2023 | |
| Didahului oleh | Johari Harun (BN–UMNO) |
| Majoriti | 2,949 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Amizar bin Abu Adam 7 Julai 1973 Melaka, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Amizar bin Abu Adam (lahir 1973) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Februari 2024 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Pelangai sejak Oktober 2023. Beliau merupakan ahli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Bentong bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN.