Pilihan raya kecil Ayer Kuning 2025

Pilihan raya kecil Ayer Kuning 2025

26 April 2025

Kerusi Ayer Kuning di
Dewan Undangan Negeri Perak
Pengundi hadir58.06%(16.79%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
  BN PN PSM
Calon Mohamad Yusri Bakir Abdul Muhaimin Malek Bawani Kaniapan
Parti UMNO PAS PSM
Gabungan BN+PH PN Barisan Ketiga
Undian popular 11,065 6,059 1,106
Peratusan 60.70% 33.23% 6.07%

ADUN Ayer Kuning sebelum pilihan raya

Ishsam Shahruddin
Barisan Nasional (UMNO)

Terpilih

Mohamad Yusri Bakir
Barisan Nasional (UMNO)

Pilihan raya kecil Ayer Kuning 2025 ialah pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan raya negeri Perak 2022. Pilihan raya ini akan diadakan pada 26 April 2025 berikutan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin pada 23 Februari 2025 akibat sakit jantung.

Calon BN–UMNO, Mohamad Yusri Bakir berjaya mempertahankan kerusi dengan majoriti 5,006 undi, mengalahkan calon PN–PAS, Abdul Muhaimin Malek dan calon PSM, Bawani Kaniapan. Kemenangan ini membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan yang mengandingkan PH dan BN berjaya mematahkan kemaraan Gelombang Hijau yang dibawa oleh PN yang diketuai parti politik terbesar di dalam komponen tersebut, iaitu parti PAS. Kekalahan parti PSM juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih tidak mahu mengundi atau mempercayai arus perubahan yang dibawa oleh parti politik barisan/pilihan ketiga.