Ishsam Shahruddin
Ishsam Shahruddin | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Ayer Kuning | |
| Dalam jawatan 19 November 2022 – 22 Februari 2025 | |
| Didahului oleh | Samsudin Abu Hassan (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Mohamad Yusri Bakir (BN–UMNO) |
| Majoriti | 2,213 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ishsam bin Shahruddin 31 Ogos 1966 Sungkai, Perak, Malaysia |
| Meninggal dunia | 22 Februari 2025 (umur 58) George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
| Cause of death | Sindrom koronari akut |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh, Perak, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pasangan | Rozlita Abdullah |
| Anak | 4 (termasuk Muhammad Iszul Imadi) |
| Kediaman | Desa Seri Ampang, Ipoh, Perak (persendirian) Sungkai, Batang Padang, Perak (kampung halaman) |
| Pekerjaan |
|
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Posisi permainan | Pemain tengah | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1984–1990 | Perak | ||
| 1991 | Negeri Sembilan | ||
| 1992–1997 | Perak | ||
| Pasukan kebangsaan | |||
| 1987 | Malaysia | ||
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik | |||
Ishsam Shahruddin (31 Ogos 1966 – 22 Februari 2025) merupakan seorang ahli politik, pemain bola sepak, ahli perniagaan dan kontraktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Ayer Kuning dari November 2022 sehingga kematiannya ketika masih memegang jawatan pada Februari 2025. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan Ketua Bahagian BN dan UMNO bagi Tapah, jawatan yang dipegangnya sejak 2018 sehingga pemergiannya secara mengejut ketika masih dalam perkhidmatan. Beliau merupakan ADUN Ayer Kuning yang berkhidmat untuk tempoh paling singkat, iaitu selama sedikit lebih daripada dua tahun tiga bulan.