Perubatan tradisional Cina
| Perubatan tradisional Cina | |||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 中醫 | ||||||||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 中医 | ||||||||||||||||||||||||||
| Maksud harfiah | 'Perubatan Cina' | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| Vietnamese name | |||||||||||||||||||||||||||
| Vietnamese alphabet |
| ||||||||||||||||||||||||||
| Hán-Nôm |
| ||||||||||||||||||||||||||
| Korean name | |||||||||||||||||||||||||||
| Hangul | 중의학 | ||||||||||||||||||||||||||
| Hanja | 中醫學 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| Nama Jepun | |||||||||||||||||||||||||||
| Hiragana | かんぽう | ||||||||||||||||||||||||||
| Shinjitai | 漢方 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Perubatan tradisional Cina (Cina Ringkas: 中医; Cina Tradisional: 中醫; pinyin: zhōngyī) terdiri dari amalan perubatan lama warisan turun-temurun dari masyarakat sekaum tanah besar Cina dan pulau Taiwan (selain yang diamalkan kaum aslinya) yang turut tersebar ke diaspora besarnya termasuk Nusantara. Amalan-amalan ini didasarkan kepercayaan bahawa segala proses dalam tubuh badan manusia hasil tindak balas dengan unsur-unsur sekitarnya yang saling melengkapi, maka sebarang penyakit yang muncul difahamkan kerana pertembungan dua-dua perkara tersebut yang tidak sehaluan dan boleh diatasi melalui pengubatan dan pencegahan tertentu. Cara perubatan ini sangat tak terpisahkan dalam negara-negara China dan Taiwan moden.
Pada awal abad ke-20, golongan pemoden budaya dan politik China berusaha menghapuskan amalan tradisional yang dianggap ketinggalan zaman dan tidak saintifik. "Perubatan Cina" yang ditentukan pada ketika ini dibentuk dengan memilih elemen daripada falsafah dan amalan tertentu. Pada tahun 1950-an, kerajaan China di bawah Mao Zedong berusaha menghidupkan semula perubatan tradisional (termasuk menghalalkan amalan yang sebelumnya diharamkan) dan menaja integrasi antara perubatan tradisional Cina dan perubatan Barat; walaupun Mao diceritakan sendiri tidak mempercayai keberkesanannya. Semasa Revolusi Kebudayaan tahun 1960-an, perubatan ini dipromosikan sebagai murah dan popular. Minat terhadap TCM di Barat meningkat dengan membukanya hubungan antara Amerika Syarikat dan China selepas tahun 1972, .
TCM dikatakan berpaksikan teks seperti Huangdi Neijing (Kanon Dalaman Maharaja Kuning), dan Compendium of Materia Medica, sebuah karya ensiklopedia abad ke-16, yang merangkumi pelbagai bentuk herbologi Cina, akupunktur, terapi bekam, gua sha, urut tui na, pengubat tulang (die-da), senaman qigong, dan terapi pemakanan. TCM digunakan secara meluas dalam lingkungan budaya Asia Timur. Salah satu prinsip asasnya ialah tenaga qi tubuh mengalir melalui saluran dikenali sebagai meridian yang mempunyai cabang ke organ dan fungsi tubuh. Tiada bukti bahawa meridian atau tenaga vital ini wujud. Konsep tubuh dan penyakit dalam TCM mencerminkan asal usul purbanya dan penekanan terhadap proses dinamik berbanding struktur material, serupa dengan teori humoral dari perubatan Yunani purba dan perubatan Rom purba.
Permintaan terhadap ubat tradisional di China menjadi penyumbang utama kepada penyeludupan hidupan liar secara haram, yang dikaitkan dengan pemburuan haram dan penyeludupan haiwan terancam. Pihak berkuasa China telah melancarkan kempen menentang penyeludupan ini.