Shinjitai
| Shinjitai | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Jepun | |||||||
| Hiragana | しんじたい | ||||||
| Katakana | シンジタイ | ||||||
| Kyūjitai | 新字體 | ||||||
| Shinjitai | 新字体 | ||||||
| |||||||
Shinjitai (新字体, 'bentuk aksara baharu') merupakan bentuk-bentuk ringkas kanji yang digunakan di Jepun sejak pengisytiharan senarai kanji tōyō pada tahun 1946. Beberapa bentuk baharu yang ditemui dalam shinjitai juga ditemui pada aksara Cina Ringkas, tetapi shinjitai secara umumnya tidak seekstensif aksara Cina Ringkas dari segi pengubahsuaian aksara.
Shinjitai dicipta dengan mengurangkan bilangan goresan ("stroke" dalam bahasa Inggeris) dalam kyūjitai ("bentuk aksara lama") atau seiji (正字, "aksara wajar/tepat") yang merupakan sejenis tulisan Kanji yang tidak diringkaskan (biasanya serupa dengan tulisan Cina Tradisional). Penyederhanaan ini dicapai melalui proses (serupa dengan tulisan Cina Ringkas) sama ada menggantikan onpu (音符, "tanda bunyi") yang menunjukkan bacaan on dengan onpu lain untuk bacaan on yang sama dengan dengan lebih sedikit goresan, atau menggantikan komponen kompleks aksara dengan yang lebih mudah.
Terdapat beberapa peringkat penyederhanaan yang dibuat sejak tahun 1950-an, tetapi satu-satunya perubahan yang menjadi rasmi ialah perubahan dalam senarai kanji jōyō pada tahun 1981 dan 2010.