Akupunktur
| Akupunktur | |
|---|---|
| ICD-10-PCS | Templat:ICD10PCS |
| ICD-9 | 99.91-99.92 |
| MeSH | D015670 |
| Kod OPS-301 | 8-975.2 |
| Akupunktur dan pembakaran moxa dalam perubatan tradisional Cina | |
|---|---|
| Negara | China |
| Rujukan | 425 |
| Kawasan | Asia-Pasifik |
| Sejarah inskripsi | |
| Inskripsi | 2010 (sesi 5) |
| Akupunktur | |||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 針灸 | ||||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 针灸 | ||||||||||||||||||||||
| Maksud harfiah | "penjaruman dan moksibusi" | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Akupunktur ialah satu bentuk perubatan alternatif dan merupakan komponen dalam perubatan tradisional Cina (TCM), yang melibatkan penyusupan jarum halus ke dalam tubuh manusia. Akupunktur dianggap sebagai satu bentuk pseudosaintifik; teori dan amalan TCM tidak berasaskan pengetahuan saintifik, dan telah digambarkan sebagai perubatan palsu.
Terdapat pelbagai varian teknologi akupunktur yang berasal daripada falsafah berbeza, dan teknik juga berbeza mengikut negara pelaksanaannya. Namun begitu, akupunktur boleh dibahagikan kepada dua pendekatan falsafah utama; yang pertama ialah bentuk piawai moden dikenali sebagai lapan prinsip TCM dan yang kedua ialah sistem lebih lama berasaskan falsafah purba Daoisme wuxing, yang lebih dikenali sebagai lima unsur atau fasa dalam kalangan masyarakat Barat.
Akupunktur paling kerap digunakan untuk melegakan kesakitan, namun pengamal akupunktur mendakwa ia juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan lain. Akupunktur biasanya digunakan bersama dengan rawatan lain.
Pasaran global akupunktur dianggarkan bernilai AS$24.55 bilion pada tahun 2017. Pasaran ini diterajui oleh Eropah dengan pegangan 32.7%, diikuti oleh Asia-Pasifik (29.4%) dan benua Amerika (25.3%). Pada tahun 2021, dijangka industri ini akan mencecah nilai pasaran AS$55 bilion menjelang 2023.