Konflik Israel–Gaza 2008–2009
| Perang Gaza | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Konflik Israel-Gaza, Konflik Israel-Palestin | |||||||
Peta Gaza | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Ehud Olmert Agensi Keselamatan Dalam Negara |
Khaled Mashal Fail:Flag of the Islamic Jihad Movement in Palestine.svg Ramadan Shallah | ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
IDF: 4,000–20,000 dikerahkan dalam tanah serangan, dan sepuluh ribu pasukan simpanan kakitangan (176,000 berjumlah beraktif kakitangan)
|
Hamas (Briged Al-Qassam dan polis): 20,000 (anggaran jumlah)
| ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
Jumlah terbunuh: 13 Tentera: 336 Orang awam: 182 |
Jumlah terbunuh: 1,166–1,417 Pejuang dan pegawai polis: | ||||||
|
Seorang pegawai pengawal sempadan Mesir terbunuh dan tiga cedera, dan dua kanak-kanak cedera. | |||||||
| *255 (PCHR) atau 265 (B'Tselem) terbunuh semasa Perang Gaza. | |||||||
Perang Gaza, atau dikenali sebagai Operasi Pemimpin Utama (Ibrani: מִבְצָע עוֹפֶרֶת יְצוּקָה), juga dikenali di dunia Islam sebagai Pembantaian Gaza (مجزرة غزة), dan dirujuk sebagai Perang Al-Furqan (Arab: معركة الفرقان, rumi: Perang pemisahan) oleh Hamas, ialah konflik bersenjata tiga minggu antara kumpulan pembebasan Palestin di Genting Gaza dengan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang bermula pada 27 Disember 2008 dan berakhir pada 18 Januari 2009 dengan gencatan senjata. Konflik ini menyebabkan kematian antara 1,166 dan 1,417 orang Palestin; dan 13 orang Israel.
Konflik bermula apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada rakyat dan infrastruktur Hamas..
Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.
Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin. Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.
Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Genting Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Yunis dan Rafah di selatan.
Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.