Ehud Olmert
Ehud Olmert אהוד אולמרט | |
|---|---|
| Menyandang jawatan 4 Januari 2006 Sementara sehingga 14 April 2006, Interim hingga 4 Mei 2006 | |
| Timbalan | Tzipi Livni |
| Didahului oleh | Ariel Sharon |
| Dalam jawatan 1993–2003 | |
| Didahului oleh | Teddy Kollek |
| Digantikan oleh | Uri Lupolianski |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 30 September 1945 Binyamina, Palestin Bermandat |
| Parti politik | Kadima |
| Pasangan | Aliza Olmert |
| |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"
Ehud Olmert (Ibrani: אהוד אולמרט; ɛhud ˈolmeʁt, lahir pada 30 September 1945) merupakan Perdana Menteri Israel ke-12. Olmert menjadi Perdana Menteri Interim pada 14 April 2006 tetapi telahpun menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri Sementara sejak 4 Januari 2006 selepas Ariel Sharon menghidapi strok hemorragik yang teruk. Jawatannya sebagai ketua kerajaan ditentukan selepas pembentukan kerajaan ke-31 pada 4 Mei 2006.
Sebelum ini Olmert ialah Timbalan Perdana Menteri Israel, Menteri Kewangan, Menteri Industri, Perdagangan, dan Buruh, dan Menteri yang bertanggungjawab untuk Pentadbiran Tanah Israel, dan juga Datuk Bandar Baitulmaqdis.