Roket Qassam

Roket Qassam (Arab: صاروخ القسام Ṣārūkh al-Qassām; juga Kassam) adalah sejenis artileri roket keluli ringkas yang diisi dengan bahan letupan. Roket ini dibangunkan dan digunakan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Tiga buah model telah dihasilkan dan digunakan antara tahun 2001 sehingga 2021.

Secara umum, kesemua jenis serangan roket oleh Palestin ke atas Israel, sebagai contoh roket yang digunakan oleh Briged al-Quds, dikenali sebagai Qassam oleh media Israel dan media asing.

Roket Qassam mula terkenal sebagai jenis roket yang digunakan oleh pasukan bersenjata Palestin menentang Israel semasa Intifada Kedua semasa pertelingkahan Israel–Palestin. Sejak 2000 sehingga 2009, roket Qassam telah membunuh 22 penduduk Israel dan seorang rakyat Thailand.