Pencerobohan Qing ke atas Joseon
| Pencerobohan Qing ke atas Joseon | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Konflik Korea–Jurchen, Peralihan Ming-Qing | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Dinasti Joseon Dinasti Ming | Dinasti Qing | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Im Gyeong-eop Shin Gyeong-won Hong Myeong-gu † Kim Jun-yong Min Yeong † Shen Shikui † |
Hong Taiji Dorgon Ajige Dodo Hooge Oboi Kong Youde Geng Zhongming Shang Kexi Shi Tingzhu Inggūldai | ||||||
| Kekuatan | |||||||
| 80,000–90,000 | 100,000 | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| Tidak diketahui | Tidak diketahui | ||||||
| Nama Korea | |
| Hangul | 병자호란 |
|---|---|
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Byeongja Horan |
| McCune–Reischauer | Pyŏngcha Horan |
Pencerobohan Qing ke atas Joseon (Korea: 병자호란; Hanja: 丙子胡亂: Jawi: ڤنچروبوهن چيڠ کأتس جوسون) berlaku pada musim sejuk 1636 apabila dinasti Qing yang baru ditubuhkan menyerang dinasti Joseon, menetapkan status Qin sebagai hegemon dalam Sistem Uftian Empayar China dan secara rasmi memutuskan hubungan Joseon dengan dinasti Ming. Pencerobohan itu didahului oleh pencerobohan Jin Akhir ke atas Joseon pada tahun 1627.
Pencerobohan itu menghasilkan kemenangan Qing. Joseon terpaksa menjalinkan hubungan uftian dengan Empayar Qing, serta memutuskan hubungan dengan Ming yang semakin merosot. Putera mahkota Joseon bersama adinda lelakinya telah diambil sebagai tebusan, tetapi mereka kembali ke Joseon selepas beberapa tahun. Salah seorang daripada mereka kemudiannya menjadi Raja Hyojong. Baginda terkenal dengan rancangannya untuk ekspedisi ke dinasti Qing.